Sunday, April 15, 2012

Successful Wanita II


Dato' Michelle Yeoh Choo-Kheng (lahir 6 Ogos 1962) ialah seorang penyanyi dan pelakon yang tinggal di Hong Kong. Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau telah dipilih oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997. Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem antarabangsa 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' . Beliau juga berlakon dalam filem James Bond.


Pada tahun 1983, ketika berusia 21 tahun, MIchelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.Dengan kejayaannya itu, beliau telah mewakili Malaysia ke pertandingan akhir Miss world 1983 yang telah diadakan di London. Pada 21 April 2010,beliau dilantik sebagai Ikon Membaca 1Malaysia . Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai Kie . Michelle Yeoh Corner ditubuhkan di Perpustakaan Negara ,Kuala Lumpur bagi membolehkan pembaca tempatan mengetahui mengenai buku-buku yang pernah dibacanya. Setiap bulan beliau membaca 15 buah buku pelbagai genre termasuk fiksyen mahukan seram. Koleksi buku milik beliau akan ditempatkan di sudut bacaan itu.


Terbaru 2011, Datuk Michelle Yeoh telah diusir keluar dan disenarai hitamkan atau telah diharamkan masuk oleh negara Myanmar. Datuk Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar. Pada Disember tahun 2010 yang lalu, Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan negara Myanmar iaitu pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand. Dalam filem arahan Luc Besson tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Aung San Suu Kyi yang menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun 2011 ini. Disebabkan itu Datuk Michelle Yeoh telah diharamkan masuk ke negara Myanmar.






No comments:

Post a Comment