Sunday, April 15, 2012

Successful Wanita I


Apakah ini!!!

Ini Macam Mana Pula!!!

Sebenarnya bukan tentang duit, tetapi orang yang tandatangani di atas duit tersebut kawan!!! Hari ini nak bincang title “Successful Wanita” di Malaysia. Tokoh yang difokus adalah ZETI AKHTAR AZIZ, TAN SRI DR yang digelar sebagai Gabenor Bank Negara Terbilang.


Nama Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz akan sentiasa diingati sebagai antara kaum wanita berkarier yang paling Berjaya di Negara Malaysia. Beliau yang juga merupakan gabenor bank pusat wanita pertama di Malaysia dan satu-satunya di Asia, juga antara sebilangan kecil wanita yang memegang jawatan itu di dunia.

Kejayaan Zeti memang mengagumkan dan membangakan wanita di Negara ini.Kejayaan wanita ysng berkeyakinan tinggi itu, menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk terus meningkatkan diri masing-masing. Sempena Hari Wanita Kebangsaan pada 24 Ogos 2000, ZETI AKHTAR dianugerahkan Pingat Emas Tun Fatimah. Anugerah Pingat Emas Tun Fatimah deperkenalkan oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Jabatab Hal Ehwal Wanita (HAWA), sebagai mengahargai tokoh wanita Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada Negara.

Kejayaan beliau mencerminkan wanita di Negara ini memang berkemampuan mencapai kemuncak kerjaya dan tiada diskriminasi terhadap wanita di Malaysia.



No comments:

Post a Comment