Tuesday, March 6, 2012

PENJELAJAHAN

Penjelajahan kuasa-kuasa Barat di Asia bermula pada abad ke-15 dan ke-16. Penjelajahan kuasa-kuasa Barat dapat dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu seperti yang berikut:
Dasar Mekantanlisme: Merupakan usaha untuk mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan.
Dasar Imperialisme: Berlaku apabila kuasa-kuasa Eropah lebig agresif dan berlumba-lumba untuk menguasai wilayah-wilayah tertentu untuk kepentingan ekonomi dan politik.
Dasar Kolonialisme: Proses untuk mendapatkan kawasan atau wilayah baru yang biasanya dilaksanakan melalui peperangan.

Faktor-Faktor Campur Tangan Kuasa Barat
Faktor Ekonomi:
-Bijih Timah, Getah, Kayu Jati, Rempah-ratus, Teh, Sutera, Arang batu


Faktor Politik:
-Berlaku semasa Zaman imperialism Barat iaitu pada abad ke-19. Negara-negara Barat seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda, dan Sepanyol berlumba-lumba antara satu dengan yang lain untuk menguasai tanah jajahan demi kepentingan ekonomi mereka.

Faktor Agama:
-Agama Kristian
-Agama Buddha
-Agama Confucius


Faktor Perhubungan dan Teknologi:
Pembukaan Terusan Suez (1869): menyebabkan jarak antara Barat dan Timur dapat dipendekkan dan masa perjalanan dikurangkan.
Penciptaan kapal berkuasa wap: kapal laut boleh membawa muatan yang banyak, lebih selamat dan mempercepatkan perjalanan.

Ciptaan Telegraf: mempercepatkan urusan perniagaan.