Thursday, April 12, 2012

Bencana Alam di Malaysia

Di Malaysia bencana alam jarang berlaku.  Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di Negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.  Bencana alam dating dalam pelbagai bentuk dan saiz.  Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak.  Bencana alam telah berlaku di muka bumi sejak berates-ratus tahun yang lalu.  Namun, kejadian ini akan hanya dikenali sebagai bencana hanya apabila ia melibatkan kehilangan nyawa manusia.
Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti:





Pengurusan Bencana Alam dan Kesannya kepada Pembangunan Sosial
Di Malaysia, kita harus melihat pengurusan bencana sebagai satu bentuk disiplin yang wajar diberi perhatin.  Di antara cabaran yang perlu dihadapi untuk menangani bencana alam adalah amaran awal, persediaan, usaha menyelamat, permulihan dan pembinaab semula.  Pada peringkat awal, maklumat dan panduan boleh disebarkan seluas-luasnya kepada orang ramai tentang cara terbaik untuk bertindak apabila menghadapi bencana alam.
Masyarakat tidak sepatutnya terlalu alpa dengan keamanan dan kestabilan Negara.  Satu pengajaran yang kita semua boleh pelajari adalah persiapan serta cara terbaik untuk menyediakan diri sebelum, semasa, dan selepas kejadian bencana.  Apa yang dapat kita lihat adalah semasa ombak tsunami mengganas, banyak Negara tidak menjangka dan jejas tidak bersedia menghadapi bencana tersebut.  Hal ini telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban dan kemusnahan harta benda yang begitu banyak.  Bencana sebenarnya boleh dielakkan sekiranya kita lebih bersedia menghadapi kejadian ini dengan efisyen dan efektif.  Tingkah laku secara piece-meal dan ad-hoc haruslah kita hindarkan. 

No comments:

Post a Comment