Dato'
Michelle Yeoh Choo-Kheng (lahir 6 Ogos 1962) ialah seorang penyanyi dan pelakon
yang tinggal di Hong Kong. Yeoh dilahirkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Beliau
telah dipilih oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita
paling cantik di dunia pada 1997. Beliau terkenal setelah berlakon dalam filem
antarabangsa 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' . Beliau juga berlakon dalam
filem James Bond.
Pada
tahun 1983, ketika berusia 21 tahun, MIchelle Yeoh telah memenangi gelaran Miss
Malaysia World 1983.Dengan kejayaannya itu, beliau telah mewakili Malaysia ke
pertandingan akhir Miss world 1983 yang telah diadakan di London. Pada 21 April
2010,beliau dilantik sebagai Ikon Membaca 1Malaysia . Perkara itu diumumkan
oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Heng Seai
Kie . Michelle Yeoh Corner ditubuhkan di Perpustakaan Negara ,Kuala Lumpur bagi
membolehkan pembaca tempatan mengetahui mengenai buku-buku yang pernah
dibacanya. Setiap bulan beliau membaca 15 buah buku pelbagai genre termasuk
fiksyen mahukan seram. Koleksi buku milik beliau akan ditempatkan di sudut
bacaan itu.
Terbaru 2011, Datuk
Michelle Yeoh telah diusir keluar dan disenarai hitamkan atau telah diharamkan
masuk oleh negara Myanmar. Datuk Michelle Yeoh diusir selepas tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar. Pada Disember tahun 2010 yang lalu,
Michelle Yeoh telah berjumpa dengan pejuang kebebasan negara Myanmar iaitu
pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi di rumahnya di Yangon
selepas merakamkan beberapa babak filem mengenai pejuang demokrasi, arahan
pengarah Perancis, Luc Besson, di Thailand. Dalam filem arahan Luc Besson
tersebut, pelakon berusia 48 tahun itu berlakon sebagai Aung San Suu Kyi yang
menunjukan perjuangan tokoh itu dan ia mungkin ditayangkan hujung tahun 2011
ini. Disebabkan itu Datuk Michelle Yeoh telah diharamkan masuk ke negara Myanmar.